Skop kami termasuk merancang dan mencadangkan solusi Pusat Data terbaik yang mematuhi trend teknologi semasa yang memenuhi kriteria penting untuk meningkatkan proses dalaman perniagaan.
Kepakaran kami terdiri daripada jurutera rangkaian yang cekap mampu menghasilkan topologi rangkaian yang stabil untuk melengkapi proses perniagaan teras dalam sesebuah organisasi.
Kami juga menyokong teknologi Pengkomputeran Awan terkini yang menyediakan platform dan sumber termasuk alatan dan aplikasi seperti storan data, pelayan, pangkalan data, rangkaian dan perisian melalui penyampaian pengkomputeran awan untuk anda.
Kami menyediakan solusi untuk melindungi data organisasi yang sensitif dan peribadi untuk membantu mencegah pencerobohan data yang tidak diingini dengan solusi penyulitan terbaik kami.
Kami mengambil dengan sangat serius perancangan kesinambungan perniagaan di mana kami akan mewujudkan prosedur dan proses pengurusan risiko yang bertujuan untuk mengelakkan gangguan kepada servis misi kritikal, dan mewujudkan semula fungsi penuh kepada pelanggan kami dalam masa yang singkat.
Salah satu bidang utama kami dalam industri ialah menyediakan perkhidmatan perundingan & latihan IT yang boleh dipercayai yang membantu pelanggan kami dengan bantuan dan sokongan keperluan IT untuk mereka menceburi bidang ICT yang luas.
Kami adalah entiti yang berpengalaman untuk solusi CCTV dan Keselamatan dengan rekod prestasi yang terbukti dalam menyediakan sistem keselamatan terkini dan termaju kepada pelanggan kami.